Sunday, 22 September 2013

Tulisan

Harapan Shafiza..(inilah ceritaku)

Bab 3

Adikku


"Abang..abang..boleh tak ajar Ilyas main bola..Ilyas tak reti la main bola.." "Ahhhh abang sibuk laa..lain kali je lah..esok kan masih ada.."
"Okay lahh.."....

Sesalan.. Hampa.. Impian.. Harapan.. Aku.. Adikku..
Keluargaku..

"Aliff!! Aliff!! Aliff!! Bangun Aliff" itulah suara wanita idamanku..tetapi aku tidak sanggup untuk sedar kerana dunia ini sungguh kejam.. Biarlah aku disini bersama keluargaku..  "Pergilah abang"

"Aduhhh silau...dimanakah aku sekarang ini!! Adik!!! Adik!!!"aku menjerit setelah sedar dari tidurku..

"Hey Aliff!!! Ni farah lahhh.. Aliff masih sakit ke?, Aliff nak makan? Maaf kalau saya buat salah.." Farah menanyakan pelbagai soalan kepada ku..

Aku pun bertanya kepada farah.. "Awak,ape yang dah terjadi?,awak sihat tak?, awak jom makan?"

Lantas farah pun melontarkan senyuman kepadaku sambil menangis kegembiraan..

Farah pun bersuara.. " awak hari tu pengsan di shopping complex.. Doktor Aaron cakap awak pengsan disebabkan tertekan.. Dah hampir dua minggu awak tidur.. Dan setiap hari saya datang melawat awak untuk awak sedar seperti ini.. Awak.. Awak siapakah budak kecil di dalam dompet awak itu? Dan siapakan Ilyas yang awak sebutkan ketika tidur?"

Aku pun membalas jawapan soalan farah yang bertubi-tubi  "boleh saya jawab soalan itu, tetapi dengar dulu cerita saya.. Maksud saya cerita tentang keluarga saya.....saya mempunyai keluarga yang sangat bahagia,lebih kurang keluarga macam awak..saya mempunyai seorang adik yang baik dan lurus bendul..setiap hari saya mesti datang kesekolahnya untuk memastikan dia selamat dari pembuli..maklum lah tugas seorang abang ni memang berat..tetapi hari itu dimana saya gagal untuk menunaikan hajat dia untuk belajar main bola dan hari itu lah hari saya tidak sempat untuk meluangkan masa untuk keluarga saya.. Hari itu lah kesepian melanda diri saya.." Tiba tiba air mata aku mengalir dan farah pun mengelap air mata aku lengan baju dia sambil berkata kepadaku.. " takdak apa,tidak usah menangis lagi.. Mulai sekarang saya akan sentiasa menemani awak.. Awak boleh anggap saya keluarga awak..
Saya akan jaga awak hingga akhir hayat saya sebagai teman hidup awak.. Awak awak tidak payah nagis lagi.. Awak ada saya.."

"Tarikh hari ini berapa awak?"
Aku menanyakan soalan kepada farah..

Lalu farah pun membalas dengan penuh manja " 20 januari lah sayangg.." 

20 januari itu lah tarikh dimana aku merasakan ada nya keluarga.. Hari dimana janji keramat antara kami untuk setia bersama..dimana hati dirinya untuk aku dan hatiku untuknya bersama dirinya Nur Farah Shafiza..

#Bersambung

Tulisan

Harapan Shafiza... (Inilah ceritaku)


bab 2

hariku
 
Kring kring!! Kring kring!! hello? Waalaikumsalam..ye Farah? ade masalah ke? ooo awak nak ajak saya pergi ke rumah awak hari ini..okay okay tengah hari nanti saya pergi...
 
dah sebulan aku berkenalan ngan Farah tetapi hubungan kami hanya sekadar kawan rapat sahaja tiada lebih..
meskipun aku mengharapkan lebih daripada nya tetapi itu hanya sekadar mimpi bukannya realiti..."takpa aku akan terus berjuang untuk hubungan ini" lantas aku berdiri dengan penuh semangat dan menjerit tanpa menghiraukan sekeliling.."WOI jangan menjerit pagi pagi nei!!!!" jerit nek Bedot jiran sebelah rumah ku.."sorry nek" aku pun meminta maaf setelah dia menjerit kepada ku..
 
"Maowwwww Maowwww Maowwwwwwwowwwow" itulah bunyi kucing pemalas di dunia iaitu Tarzan yang meminta untuk diberi makanan.."Kau nak ape tarzan,bising bising,kau sabar kau nanti kalau ade manusia malang yang nak membela kau,aku bagi free je" hujar ku kepada Tarzan..
 
setelah sekian lama aku mengemaskan diri dan memberi makan tarzan,akhirnya aku boleh pergi ke rumah Farah dengan aman dan damai tanpa sebarang halangan..."Assalamualaikum Assalamualaikum ooo Assalamualaikum" aku memberi salam sambil mengetuk pintu rumah Farah...tiba tiba keluarlah aunty Aya iaitu mak kepada Farah yang menjawab salam dan memperlawakan aku untuk masuk kedalam rumah nya.."terima kasih aunty...farah mane aunty?" tanyaku kepada aunty Aya..lalu aunty Aya pun menjawab "Farah tengah berhias dekat biliknya..sekejap lagi turun lah tu"...
 
setelah hampir 3 jam aku menunggu Farah yang sedang berhias di dalam biliknya,
Akhirnya dia keluar dengan senyumannya yang manis dan berkata "sorry saya tengah berkemas sekejap tadi..hehehe" maka aku pun terus bersuara.."ehhh takpa..sekejap je tadi hmmmmh awak nak pergi mana nie?"..tiba tiba aunty aya menyibuk dan berkata "sekejap ape nye..3 jam tadi alif tunggu..sampai mengantuk pun ada dia" farah pun senyum tersengeh dan berkata "hehehe mak mak? Farah nak pergi jalan jalan ngan alif mak? Boleh tak?" Aunty Aya pun menjawab "ye ye boleh je asalkan bawak adik ko sekali..Danish!!! Oooo Danish!!! Ekot kakak kau nie..." Aku ngan farah pun menunggu Danish di dalam kereta..lalu aku bertanya kepada Farah kemana dia nak pergi..farah menjawab "jalan jalan la ada benda nak bincang ngan awak mula mula tapi Danish ekot skali jadi tak dapat laa"..aku pun bersuara "ape yang awak nak bincang?" Lalu farah pun menjawab "rahsia nanti laa saye tanya?" Setelah Danish masuk kedalam kereta dan kami pun menuju ke sebuah shopping complex  yang bernama Tun Jugah di kotaraya..sejam setelah kami bersiar siar di Tun Jugah,kami pun berhenti sebentar  di  ToyRus untuk membeli mainan Danish dengan menggunakan duit aku yang semakin tipis di dalam poket... Setelah aku membayar kesemua mainan pilihan Danish aku pun ditegur oleh seorang pengemis sebaya Danish..wajah persis seperti seorang insan yang ku kenal,yang ku sayang dan yang ku rindui...adikku Ilyas...tiba-tiba jantung ku bedegup kencang,nafas aku semakin cepat,badan aku mula mengeletar dan aku pun padam


#siapakah kau pengemis?#

#bersambung

Tulisan

HARAPAN SHAFIZA...(inilah ceritaku)
pengarang:MR KOALA BEAR
description:cerita ini tiada kena mengena antara hidup mahupun yang mati..cerita ini hanya rekaan semata mata

Bab 1:

Aku..dan dia

"Dik!...Dik! fikir dulu sebelum bertindak dik" jerit seorang ahli penyelamat kepada ku..."Ahhhh!!!! aku tidak peduli lagi ape yang kalian semua cakap...aku tidak percaya lagi apa yang kalian janji!!!..harapan aku sudah hancur!! hidupku tidak bermakna lagi!!!."Dik cube ceritakan ape yang terjadi sebenarnya nie?? kot kot abang boleh bantu" hujar ahli penyelamat itu.. lantas aku duduk di atas besi pemegang dan menceritakan ape yang telah terjadi..
"inilah cerita 7 tahun yang lepas dimana aku baru mengenal erti kehidupan"
nama aku Muhammad Aliffuddin b. Azman,umurku baru mencecah 19 tahun...aku tinggal di banglo 2 tingkat milikku setelah pemergian keluarga ku yang tak akan kembali..aku menyambung pelajaranku di UNIMAS dan cita cita ku adalah ingin menjadi seorang pensyarah.aku seorang yang kurang bersosial sehingga kawanku hanyalah Tarzan kuching kesayangan ku..
Pada suatu hari aku pergi ke pantai santubong untuk menenangkan fikiranku yang dibelengu kesibukan di dunia..
"Heishhh!!!! dah genap setahun setelah pemergian mereka(keluarga)..tapi aku mereka tinggalkan sendirian di dunia yang sungguh kejam ini..takpa!!aku yang hidup nie harus tetap meneruskan kehidupan..." suara monoloq di dalam fikiranku.."Abang Abang!! ada tak nampak kakak saya?? saya dari tadi cari dia??" suara budak kecik yang datang entah dari mana sambil menangis kebingungan...."takpa dik biar abang tolong carikan sekali" aku membalas soalan budak itu dengan prihatin.."terima kasih abang!!!" jerit budak itu sambil memelukku..setelah hampir sejam aku bersama budak itu mencari kakak dia akhirnya kami menjumpai seorang kaum hawa yang rupa parasnya seindah bidadari.."Wah,sungguh cantik dirimu sehingga insan sepertiku boleh terpikat kepada dirimu" suara monoloq ku yang bersuara setelah melihat dia.."Abang..,itulah kakak saya" kata budak itu sambil senyum keriangan.."Kakak kakak kakak!!" jerit budak itu untuk mendapat perhatian kakak nya..lantas kakak nya datang dan mencubit pipi budak itu yang tembam dan berkata "danish kau ke mana tadi!!! puas kakak cari..". "danish pergi jalan jalan tadi leptu sedar sedar danish dah sesat..untung ada abang nie yang tolong Danish cari kakak tadi" jawab Danish sambil bersembunyi dibelakang ku.. "sorry encik ehh...adik saya memang menyusahkan entah dulu time kecik dia suka makan semut kot sampai dia boleh lupa jalan balik nie.." kata kakak budak itu sambil mencubit pipi Danish sekali lagi.."Ehhh... takyah panggil encik,..panggil Alif je.." jawab aku sambil senyum tersengeh sengeh...."Ohhh, lupe, hai nama saya Nur Farah Shafiza binti Samsuddin dan nie adik saya Danish" hujar Farah yang sedang memperkenalkan diri sambil melemparkan senyuman kepada ku..."Wah sungguh indah dirimu wahai bidadari..." suara monoloq aku sekali lagi bersuara..."Alif alif alif....awak okey ke tak?..,Alif?" farah menegur aku yang leka dibuai lamunan..."Nak nombor!!???? ehhh ehhh tak tak tak...ye saye?" aku terkejut setelah mendengar teguran itu...maka farah pun tergelak mesra dan berkata "ape lah awak nie nah no saye ********* simpan baik baik jangan jualkan pulak" farah menulis nombor dia di atas kertas dan memberinya kepada ku...
aku pun senyum tersengeh sengeh dan meneruskan perbualan antara kami..

#bersambung di bahagian seterusnya...